Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengesahkan dirinya dilantik sebagai Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan.<br /><br />Jelasnya, pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
